Get me outta here!

Sunday, June 4, 2023

CAKNA ILMU

JOM SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH










Apa yang anda dapat simpulkan daripada video di atas? Sila berikan komen anda
 

TEORI & MODEL

  

    Tiga Jenis Model Pentaksiran:

Gambar: Jenis Model Pentaksiran


1) TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY

Gambar: Zon ZPD
  • Murid berkeperluan khas memerlukan bantuan secara langsung semasa pdp dengan sokongan daripada persekitarannya.
  • Dengan Zon Perkembangan Proksimal- Guru sebagai individu yang membantu dan mengembangkan kemahiran murid-murid.
  • Murid yang daripada tiada asas ataupun kemahiran akan mula mampu menjalankan tugasan dengan sempurna.  
  • Akhirnya, guru menarik semula semua sokongan kerana murid tersebut sudah mampu melaksanakan tugas.


2) TEORI KONSEPTUAL KURIKULUM PENDIDIKAN
KHAS BERMASALAHAN PEMBELAJARAN

  • Digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak menerima manfaat daripada pendidikan aliran perdana.




-Pendidikan Menyeluruh dan Bersepadu-
-Pembelajaran yang Menggembirakan dan Bermakna-
-Pendidikan Sepanjang Hayat-


3) MODEL INKUIRI TABA

  • Mementingkan kepakaran merancang kurikulum, penyampaian isi kandungan dan strategi pengajaran.

Langkah Inkuiri:


PENTAKSIRAN

  


1. SARINGAN

- Satu peringkat untuk guru mengenal pasti pelajar yang berisiko untuk dirujuk untuk mendapat satu pemeriksaan lanjut dan pengukuran yang konprehensif.

- Pentaksiran juga perlu dilakukan oleh guru dalam fasa saringan dengan menggunakan pelbagai kaedah dan dijalankan secara berterusan. Pentaksiran dilakukan melibaatkan pengumpulan data-data secara kualitatif dan kuantitatif.

- Program Saringan Literasi Dan Numerasi (LINUS)


2. KELAYAKAN

- Satu peringkat yang digunakan oleh pengamal perubatan untuk mengesahkan sama ada pelajar tersebut merupakan pelajar yang berkeperluan khas.

- Kepercayaan penuh diberikan kepada pengamal perubata bagi mengesahkan masalah yang dihadapi pelajar berdasarkan ciri-ciri berkeperluan khas berpandukan IPMBDP dan ISD.

Tanggungjawab PPd amaat penting untuk mengelaraskan senarai pelajar yang diterima di sekolah-sekolah tertentu.


3. PENEMPATAN (intervensi pengajaran)

- Beberapa istilah yang digunakan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang digunakan. Antaranya istilah kanak-kanak luarbiasa (exceptional children), Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities), kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children), dan kanak-kanak berisiko (at risk children).

Penyedian Rancangan Pendidikan Individu (RPI) juga merupakan salah satu rancangan intervensi yang dilaksanakan di Malaysia.


4. PERUBAHAN (mengukur kemajuan)

- Mengukur sejauhmana pencapaian pelajar setelah intervensi dijalankan seperti yang terdapat dalm RPI.

Objektifnya adalah untuk melihat sama ada pelajar dapat menguasai tajuk-tajuk atau kemahiran yang telah diajarkan kepada mereka.

Kemajuan pelajar diukur dengan Ujian pencapaian bagi memberi kesedian kepada pelajar untuk memulakan tajuk baharu dan mengenal pati masalah yang dihadapi mereka dalam tajuk-tajuk yang diuji.

- Dua jenis ujian pencapaian yang sering digunakan untuk mengukur tahap kemajuan pelajar di Malaysia iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

KAEDAH PENTAKSIRAN

  

  •  Perkataan  inklusif  diambil  daripada  perkataan  Bahasa  Inggeris  iaitu  “Inclusive”  yang memberi maksud  “merangkumi”. Maka,  pendidikan inklusif  ini dapat didefinisikan sebagai suatu  penyertaan  yang  merangkumi  bukan  sahaja  murid  tipikal  tetapi  juga  murid berkeperluan  khas  dalam sesuatu  komuniti  sekolah.

  • Kaedah yang digunakan:- 
           - Penilaian Formatif 
           - Penilaian Formatif


PERBEZAAN PENILAIAN FORMATIF DAN PENILAIAN SUMATIF

RPI

 

  •  RPI merujuk kepada penilaian autentik yang dikenali sebagai ujian rujukan kriteria.


  • Guru-guru Pendidikan Khas menjalankan pendokumentasian perancangan pengajaran melalui RPI. Carta alir RPI menunjukkan perancangan yang biasa dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, iaitu bermula daripada murid bermasalah pembelajaran dirujuk kepada pihak terlibat, seperti penyelaras program. 
  • Selepas maklumat lengkap diperoleh, mesyuarat Rancangan Pendidikan Individu diadakan bagi menentukan penulisan, pelaksanaan dan penilaian Rancangan Pendidikan Individu bersesuaian.

Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

  • 10 inti pati dalam buku Rancangan Pendidikan Individu (RPI):-

  1. Rancangan Pendidikan Individu Didefinisikan sebagai satu dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seseorang murid. Selain itu, Rancangan Pendidikan Individu bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
      2. Enam elemen Rancangan Pendidikan Individu:
          - Kerjasama
          - Berkongsi Maklumat
          - Keputusan Bersama
          - Kebolehpercayaan
          - Dokumentasi
          - Proses dan Hasil

       3. Enam ciri Rancangan Pendidikan Individu:
          - Komprehensif
          - Spesifik
          - Mengikut Urutan
          - Bersesuaian dan Realisitik
          - Mudah difahami
          - Digubal bersama


   4. Pihak terlibat dalam proses membina Rancangan Pendidikan Individu:

          - Pentadbiran Sekolah
          - Ibu Bapa
          - Guru Pendidikan Khas
          - Kumpulan Pelbagai Disiplin

   5. RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspeks berikut :

          - Jenis pengubahsuaian yang dibuat terhadap kurikulum asal
          - Perkara yang perlu dipelajari oleh murid
          - Jenis Strategi dan Pendekatan Pengajaran yang Perlu digunakan
      
   6. Rancangan dalam penyediaan RPI:

          - Rujukan pihak terlibat
          - Pengumpulan data
          - Mesyuarat
          - Penulisan Rancangan Pendidikan Individu
          - Pelaksanaan
          - Penilaian

    7. Perkara yang diberi perhatian dalam mesyuarat RPI:

          - Pengenalan dan agenda mesyuarat
          - Mengkaji kekuatan dan keperluan pembelajaran
          - Pembentukan matlamat dan objektif
          - Keputusan untuk mendapatkan resos
          - Penulisan rancangan pengajaran
          - Penutup

    8. Penulisan RPI harus mengandungi perkara :-

          - Nama ahli jawatankuasa
          - Matlamat
          - Prosedur dan kriteria penilaian
          - Strategi Pengajaran
          - Resos
          - Orang yang bertanggungjawab
          - Inklusif
          - Catatan

9. Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada murid.

10. Objektifnya ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat. Terdapat dua kategori objektif :- 

- Objektif Tingkah Laku
- Objektif Pengajaran dan Pembelajaran


Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Luar Negara
  • Di Amerika Syarikat, proses Inclusive Education Program (IEP) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) diwajibkan oleh perlembagaan dan dilaksanakan secara sistematik kepada semua murid berkeperluan khas. Pembentukan perancangan individu (formation of an individualized plan) melibatkan enam langkah proses komprehensif (Grace, 2018) :-

ISU & CABARAN

 PENTAKSIRAN ABAD KE-21 DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF


  • Teknologi boleh menyokong pilihan dan fleksibiliti dalam pentaksiran dengan membenarkan pelajar membuat tugasan dalam pelbagai media yang berbeza.
  • Perkara seperti ini sangat penting dalam membantu memenuhi keperluan pelajar berkepeluan khas dengan mengambil kira kecerdasan pelbagai seseorang pelajar.


(a) KECERDASAN PELBAGAI

  • Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semula jadi.
  •  Gardner juga menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantungan.
  • Semasa proses intervensi dalam satu kajian yang Gardner telah jalankan, beliau telah menemui satu kecerdasan.
  • Berikut merupakan kecerdasan pelbagai yang telah disenaraikan oleh Gardner:-


Gambar: Jenis-jenis kecerdasan



ISU DAN CABARAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF



(a) ISU DAN CABARAN

Gambar: 5 Cabaran Pentaksiran dalam Pendidikan Inklusif


  1. Tiada One--Fits-All
  2. Bilangan Item Terhad
  3. Ralat Pengukuran
  4. Unit Pengukuran Tidak Jelas
  5. Mendifiniskan Konstruk




CARA MENGATASI CABARAN

  1. Menjadikan pentaksiran sesuatu inklusif dalam khususnya.
  2. Menguruskan kaedah alternatif bagi pentaksiran dalam program inklusif.
  3. Mempertimbangkan pelajar berkeperluan khas untuk bersama-sama dengan rakan mereka yang tipikal. 
Large Rainbow Pointer