Get me outta here!

Sunday, June 4, 2023

RPI

 

  •  RPI merujuk kepada penilaian autentik yang dikenali sebagai ujian rujukan kriteria.


  • Guru-guru Pendidikan Khas menjalankan pendokumentasian perancangan pengajaran melalui RPI. Carta alir RPI menunjukkan perancangan yang biasa dilaksanakan di Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, iaitu bermula daripada murid bermasalah pembelajaran dirujuk kepada pihak terlibat, seperti penyelaras program. 
  • Selepas maklumat lengkap diperoleh, mesyuarat Rancangan Pendidikan Individu diadakan bagi menentukan penulisan, pelaksanaan dan penilaian Rancangan Pendidikan Individu bersesuaian.

Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

  • 10 inti pati dalam buku Rancangan Pendidikan Individu (RPI):-

  1. Rancangan Pendidikan Individu Didefinisikan sebagai satu dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seseorang murid. Selain itu, Rancangan Pendidikan Individu bertujuan mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program pembelajaran serta perkhidmatan yang disediakan.
      2. Enam elemen Rancangan Pendidikan Individu:
          - Kerjasama
          - Berkongsi Maklumat
          - Keputusan Bersama
          - Kebolehpercayaan
          - Dokumentasi
          - Proses dan Hasil

       3. Enam ciri Rancangan Pendidikan Individu:
          - Komprehensif
          - Spesifik
          - Mengikut Urutan
          - Bersesuaian dan Realisitik
          - Mudah difahami
          - Digubal bersama


   4. Pihak terlibat dalam proses membina Rancangan Pendidikan Individu:

          - Pentadbiran Sekolah
          - Ibu Bapa
          - Guru Pendidikan Khas
          - Kumpulan Pelbagai Disiplin

   5. RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspeks berikut :

          - Jenis pengubahsuaian yang dibuat terhadap kurikulum asal
          - Perkara yang perlu dipelajari oleh murid
          - Jenis Strategi dan Pendekatan Pengajaran yang Perlu digunakan
      
   6. Rancangan dalam penyediaan RPI:

          - Rujukan pihak terlibat
          - Pengumpulan data
          - Mesyuarat
          - Penulisan Rancangan Pendidikan Individu
          - Pelaksanaan
          - Penilaian

    7. Perkara yang diberi perhatian dalam mesyuarat RPI:

          - Pengenalan dan agenda mesyuarat
          - Mengkaji kekuatan dan keperluan pembelajaran
          - Pembentukan matlamat dan objektif
          - Keputusan untuk mendapatkan resos
          - Penulisan rancangan pengajaran
          - Penutup

    8. Penulisan RPI harus mengandungi perkara :-

          - Nama ahli jawatankuasa
          - Matlamat
          - Prosedur dan kriteria penilaian
          - Strategi Pengajaran
          - Resos
          - Orang yang bertanggungjawab
          - Inklusif
          - Catatan

9. Matlamat ialah objektif jangka panjang yang menyatakan tentang kemampuan secara umum apa yang akan berlaku kepada murid.

10. Objektifnya ialah pencapaian yang akan dicapai oleh murid dalam jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan membantu untuk mencapai matlamat. Terdapat dua kategori objektif :- 

- Objektif Tingkah Laku
- Objektif Pengajaran dan Pembelajaran


Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Luar Negara
  • Di Amerika Syarikat, proses Inclusive Education Program (IEP) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI) diwajibkan oleh perlembagaan dan dilaksanakan secara sistematik kepada semua murid berkeperluan khas. Pembentukan perancangan individu (formation of an individualized plan) melibatkan enam langkah proses komprehensif (Grace, 2018) :-

0 comments:

Post a Comment

Large Rainbow Pointer